Kesan Jangka Masa Panjang Produk Shaklee

Kesan Jangka Masa Panjang Produk Shaklee. Adakah anda pernah atau sedang ambil mana-mana suplemen? Jika ya, apakah jenama pilihan anda? Dan kenapa anda yakin dengannya? Adakah kerana ianya memang benar-benar bagus, mahupun anda lebih tertarik dengan testimoni ‘hebat’ yang dikongsikan oleh penjual tanpa mengetahui kandungan bahan atau latarbelakang pengeluar produk?

Suplemen Bahaya Untuk Kesihatan?

Kesan Jangka Masa Panjang Produk Shaklee

Dengan lambakan suplemen di Malaysia sekarang ini, ramai yang lebih suka memilih produk yang menjanjikan ‘kesan segera’ dengan testimoni tak masuk akal. Entah siapa pengeluar dan apa kajian di sebalik penghasilan produk tersebut, tidaklah pula diketahui.

Dah ramai doktor yang berkongsi kesan buruk suplemen ‘murahan’ sebegini kapada pesakit kronik. Bukan saja penyakit bertambah buruk, malah ada juga yang sampai meninggal dunia bila mana organ mulai rosak. Bayangkanlah ibu bapa atau nenek kita yang menjadi mangsa. Sangat menyedihkan, bukan?

Kalau saya, memang tak beranilah nak ambil produk sembarangan tanpa usul periksa. Sebab itu kita perlu jadi pengguna yang bijak. Bagi kebanyakan orang, suplemen memang satu keperluan dan sangat membantu untuk kekal sihat dan bertenaga. Tetapi, sayangnya TIDAK semua suplemen itu sama kualitinya. Kita kena tahu bezakan mana suplemen yang bagus dan mana suplemen yang bahaya.

 Cara Buktikan Keselamatan Produk Shaklee

“Orang selalu kata ambil suplemen boleh merosakkan buah pinggang. Ada jaminankah yang semua suplemen Shaklee takkan merosakkan organ manusia? atau sama sahaja seperti produk-produk yang lain?”

Semasa Mr. Roger Barnett membeli Shaklee pada tahun 2004, beliau sering mendengar tentang kebaikan produk Shaklee daripada para penggunanya. Akan tetapi, jika setakat testimoni individu, ia tidak boleh dijadikan sandaran atau bukti kukuh yang produk tersebut selamat dan berkesan.

Untuk itu, beliau mengambil inisiatif menaja satu kajian menyeluruh yang akan melihat kesan pengambilan suplemen Shaklee untuk jangka masa yang panjang.

Landmark Study  tersebut dibuat dengan diketuai oleh nutritional epidimiologist terkemuka, Dr Gladys Block dari University of California, Berkeley (UC Berkeley). Kesemua statistik, analisa keputusan pengambilan darah dan laporan kajian dikendalikan sepenuhnya oleh research team beliau. (Kiranya memang 100% tanpa campur tangan deripada pihak Shaklee !) Laporan kajian oleh UC Berkeley ini pula kemudiannya diperiksa dan disahkan (peer reviewed) oleh barisan saintis pihak lain.

Nampak seperti tidakan ‘berani mati’ pula, kan? Sanggup biarkan pihak-pihak lain buat kajian terhadap produk sendiri. Kalau sememangnya produk Shaklee tidak berkualiti, habis lingkuplah Shaklee. Semua akan tahu keburukan dan bahayanya produk Shaklee ini kepada pengguna, betul tak?

(Kalau anda sendiri selaku pemilik atau pengusaha syarikat makanan kesihatan, sanggupkah buat begitu?)

Namun inilah cara untuk membuktikan kebaikan dan jaminan keselamatan suplemen Shaklee kepada para pengguna. Tambahan pula, bukan susah untuk mencari peserta bagi kajian ini sebab di US memang ramai yang berpuluh-puluh tahun makan suplemen Shaklee.

Hasil Kajian Pemakanan Tambahan Shaklee Oleh UC Berkeley : Shaklee Landmark Study

Kajian Pemakanan Tambahan Shaklee (The Shaklee Dietary Supplement Study) ini merupakan kajian terhadap penggunaan suplemen jangka masa panjang. Ia membandingkan taraf kesihatan kepada 1000 orang, iaitu di kalangan :-

  1. Pengguan yang sudah lebih 20 tahun makan 14 jenis suplemen Shaklee setiap hari.
  2. Mereka yang tidak ambil mana-mana suplemen, cuma mengamalkan diet yang sihat.
  3. Mereka yang makan multivitamin jenama lain.

Dan keputusannya?

Kesan Ambil Suplemen Untuk Jangka Masa Panjang

” Landmark Study ini mendapati, pengguna suplemen Shaklee jangka masa panjang mempunyai taraf kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang makan multivitamin jenama lain ataupun yang langsung tidak makan apa-apa suplemen.”

 Pengguna Shaklee yang sudah lebih 20 tahun amalkan suplemen ini juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung, kanser, diabetes dan yang berkaitan dengan otak :

  • nisbah paras kolestrol 11% lebih rendah – mereka mempunyai paras HDL (kolestrol baik) yang lebih tinggi
  • paras trigliserida 33% lebih rendah
  • risiko tekanan darah tinggi 39% lebih rendah
  • risiko diabetes 73% lebih rendah
  • paras C-reactive protein (CRP) 59% lebih rendah – CRP merupakan penanda bio klinikal untuk mengenalpasti keradangan
  • paras homocysteine 36% lebih rendah – homosysteine yang tinggi dianggap sebagai penanda kepada risiko penyakit kardiavaskular.

Laporan sepenuhnya telah diterbitkan di Nutrition Journal pada 24 October 2007.

Kesimpulannya, Landmark Study ini mendapati pengguna yang mengamalkan pelbagai jenis suplemen Shaklee untuk jangka masa panjang :

  • mempunyai paras kandungan khasiat dalam darah yang lebih baik, dimana :
    –  folate, Vitamin C, alpha dan beta carotene, vitamin E berada pada paras yang optimum.
    – Vitamin D dan zat besi berada pada paras yang sihat dan selamat, (jika berlebihan akan memberikan adverse effect kepada kesihatan)
  • Menunjukkan risiko penyakit (berkaitan jantung, kanser, kencing manis, dan sebagainya) yang lebih rendah dibandingkan dengan golongan yang makan multivitamin jenama lain ataupun yang langsung tidak amalkan sebarang suplemen.

Namun yang lebih mengejutkan ialah, tahap kesihatan mereka yang tidak makan apa-apa suplemen langsung jauh lebih baik daripada mereka yang amalkan multivitamin jenama selain Shaklee. Kenapa agaknya ya?

Tak Amalkan Suplemen Lebih Baik?

Fakta yang ramai tidak tahu ialah, banyak produk kesihatan yang dihasilkan tanpa bukti kajian yang kukuh dan dipercayai. Oleh tu, ia tiada jaminan keselamatan dan keberkesanan. Disebabkan kandungannya yang susah diserap oleh badan, suplemen sebegini akan membebankan organ-organ seperti buah pinggang, jantung, hati (liver) dan sebagainya sehingga akhirnya memburukkan kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Produk sebeginilah yang perlu kita jauhi.

Dengan hasil Landmark Study ini, adakah anda masih ragu-ragu dengan keselamatan produk Shaklee untuk penggunaan jangka masa panjang?

Sebenarnya, selain Landmark Study ini, barisan saintis Shaklee telah menghasilkan lebih 125 hasil kajian saintifik mengenai kesan produk Shaklee di pelbagai jurnal antarabangsa. Pendek kata, setiap produk Shaklee ada kajiannya yang tersendiri sebelum dikeluarkan dan dipasarkan kepada pengguna. Bahkan kajian ini memakan masa bertahun-tahun semata-mata untuk pastikan ianya selamat dan berkesan.

Betulkah Produk Shaklee Bahaya?

Jadi, sebelum anda membeli atau mengamalkan sebarang suplemen, kajilah terlebih dahulu latarbelakang syarikat pengeluar dan kandungan setiap produk ya? Jangan risikokan kesihatan diri sendiri semata-mata kerana taksubkan ‘testimoni segera’ produk tersebut, risau nanti boleh dapat penyakit baru pula.

Keperluan suplemen juga berbeza-beza bagi setiap individu. Di sinilah pentingnya konsultasi daripada mereka yang diyakini, kerana suplemen perlu diambil dengan ilmu supaya hasilnya pada keadaan yang paling optimum.

Anda rasa perlukan suplemen tapi tak tahu bagaimana nak bermula?

For more info and to order, you may reach me at:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vita.diary
Facebook : Syakilla Azam (Leader Bisnes Shaklee)
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
WordPress spam blocked by CleanTalk.