Mengapa Pentingnya Pengambilan Supplement ?

Mengapa pentingnya pengambilan supplement ? Jika kita ke farmasi atau klinik, kita akan dapat lihat pelbagai jenis pil-pil suplemen atau vitamin dan mineral yang dijual. Pelbagai promosi dan iklan di media sosial tentang pelbagai jenis suplemen yang dijual di pasaran. Suplemen atau makanan tambahan merupakan zat-zat makanan mikro atau surih yang kita perlu ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Persoalannya ?

Kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan ini?

Mengapa Pentingnya Pengambilan Supplement ?

Jika anda bertanyakan pada sesetengah doktor, maka ada yang berpendapat bahawa kita tidak perlukan suplemen ini. Pada pendapat mereka cukuplah dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat. Pendapat sebegini menurut Dr Rajban Singh agak kurang tepat dengan keadaan kehidupan kita pada zaman moden ini. Kajian saintifik yang terbaru membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen, ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit kronik. Hakikatnya, makanan yang kita makan pada era sekarang semestinya tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral, zat-zat surih dan anti-oksidan tubuh kita.

Saya sering ditanya, adakah terdapat bukti saintifik tentang kepentingan pangambilan suplemen ini. Sebenarnya, terdapat ribuan kajian yang telah dijalankan sebenarnya, di mana kita boleh dapatkan daripada jurnal-jurnal perubatan. Satu kajian yang sangat popular yang dinamakan ‘Nurses Health Study‘ yang dijalankan pada tahun 1976 hingga 1989 yang melibatkan 280,000 jururawat telah menunjukkan diantara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti antioksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta akibat katarak.

Kesimpulannya adalah, pengambilan Vitamin D dan kalsium boleh mencegah masalah reput tulang. Pengambilan suplemen vitamin B6, kalsium,Vitamin D dan Asid Folik boleh membantu mencegah kanser. Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 boleh mencegah sakit jantung dan angin ahmar (strok). Berdasarkan fakta kajian ini, jelas menunjukkan kepentingan pengambilan suplemen dalam mencegah penyakit kronik yang merbahaya.

Terdapat banyak lagi kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang menunjukkan pengambilan secara berterusan suplemen mampu mencegah panyakit kronik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian-kajian lain telah membuktikan kelebihan vitamin dalam pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan pelbagai lagi.

Kajian-kajian lain juga menunjukkan anti-oksidan, vitamin B6, B12, asid folik, Vitamin C, Vitamin D dan Vitamin E mampu mencegah penyakit dengan melindungi sel dan DNA di dalam sel dari kerosakkan akibat radikal bebas dan pelbagai jenis toksin yang masuk kedalam tubuh manusia. Di dalam buku Hindari Kanser dengan Antioksidan , terdapat senarai kajian-kajian saintifik tentang antioksidan yang berkaitan kanser dan pencegahannya.

Terdapat juga banyak kajian menunjukkan pengambilan supleman Omega 3 mampu membantu menurunkan paras kolestrol, mencegah penyakit jantung dan mengawal berat badan sebagaimana yang telah yang telah ditekankan di dalam Institusi Perubatan Bahagian Makanan dan Nutrisi.

Begitu juga pengambilan probiotik sebagai suplemen harian mampu meningkatkan immuniti, penghadaman yang baik, mengurangkan masalah allergi dan mencegah kanser usus.

Secara umumnya, makanan yang kita makan setiap hari tanpa kita sedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat-zat surih atau mikro seperti vitamin, mineral, anti-oksidan dan sebagainya. Makanan kita kaya dengan karbohidrat, lemak tepu, lemak ‘trans’ dan gula yang berlebihan ditambah lagi dengan pelbagai pengawet, pewarna dan perasa tiruan.

Bahan-bahan tambahan ini sebenarnya mengganggu keseimbangan metabolisms sel-sel dalam tubuh manusia. Budaya makan segera telah memburukkan lagi masalah ini. Anak-anak dan juga ibu bapa amat kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian. Pemakanan seimbang masa kini lebih kepada iklan di poster di sekolah, klinik dan hospital semata-mata. Hakikatnya, ia tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.

Sekarang perkembangan industri makanan segera amat hebat sekali. Setiap hari kita dapat lihat iklan-iklan di kaca televisyen tentang makanan segera. Kemajuan ekonomi seiring dengan perubahan corak pemakanan manusia di seluruh dunia. Makanan yang diproses amat mudah didapati dalam pasaran yang hanya mempunyai ‘karbohidrat kosong’ tanpa zat-zat mikro yang mencukupi. Disinilah pentingnya suplemen yang kita makan akan membantu membekalkan mana-mana zat-zat yang kekurangan tanpa kita sedar untuk menjaga keseimbangan metabolisme sel-sel tubuh manusia.

Kehidupan kita di zaman moden sekarang yang membeli semua makanan di pasar atau pasaraya besar jauh berbeza dengan kehidupan datuk nenek kita di zaman dahulu yang menghasilkan sendiri makanan mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita makan ditanam secara komersial dengan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan sebagainya. Makanan dari sumber daging ayam, kambing, lembu diternak secara komersial dengan penggunaan hormon dan anti-biotik yang berleluasa. Ikan di laut juga tercemar dengan logam berat raksa yang menyebabkan keracunan kronik. Isu-isu pencemaran ini amat kompleks dan susah untuk dielakkan, ini bererti untuk menjaga kesihatan badan kita, kita perlukan suplemen setiap hari.

Semua sel di dalam tubuh menggunakan vitamin dan mineral serta antioksidan untuk melindungi bahagian-bahagian sel seperti membran, protein, lipid, plasma, mitokondria, nukleus, dan DNA dari kerosakan oksidatif. Zat-zat mikro seperti vitamin, mineral dan anti oksidan membantu dalam proses membaikpulih sel dan seterusnya membolehkan ia berfungsi dalam keadaan yang optimum.

Apabila sel-sel berfungsi dalam keadaan baik maka semua organ dan sistem tubuh manusia dapat berfungsi dengan baik. Kesannya, kesihatan akan terpelihara dan boleh dikekalkan untuk jangkamasa yang lebih panjang dengan mengambil suplemen yang perlu.

Sikap sesetangah orang yang mempunyai tabiat tidak sihat seperti merokok, tidak bersenam, makan secara berlebihan, masalah obesiti dan stress yang melampau menyebabkan kadar penyakit zaman moden seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, angin ahmar dan kanser semakin buruk dan meningkat dengan begitu ketara sekarang. Ini menambahkan lagi keperluan pengambilan suplemen untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik akibat tabiat buruk ini.

Berhenti dari mengamalkan tabiat-tabiat yang merbahaya kepada kesihatan adalah langkah terbaik dan pengambilan suplemen akan membantu memulihkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

Tetapi perlu diingatkan bahawa pemakanan seimbang dan sihat dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat berserat tinggi juga penting untuk mencegah penyakit-penyakit kronik ini. Bersenam juga adalah salah satu faktor penting dalam mencegah penyakit ini. Ketiga-tiga faktor ini amat penting dan perlu seiring diamalkan untuk mendapat kesihatan yang optimum dan bukan hanya bergantung kepada pengambilan pengambilan suplemen semata-mata. Suplemen bukanlah ubat untuk mencegah penyakit, namun ianya sebagai satu tabiat yang sihat demi membantu mencapai kesihatan optimum.

Dengan memulakan pengambilan suplemen setiap hari seperti mulivitamin, mineral, antioksidan, omega 3 dan probiotik yang berkualiti tinggi, seseorang boleh merasakan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari, minggu, bulan seterusnya tahun. Sesetangah orang akan merasa peningkatan tenaga, ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi fizikal dengan penggunaan suplemen ini. Malah, terdapat juga orang-orang yang lebih drastik kesannya ke atas mereka.

Terdapat sesetengah orang pula tidak merasai atai menydari apa-apa kesan dari pengambilan suplemen atau makanan nutrisi tambahan ini, tetapi ini tidak bermakna tiada sebarang pembaik pulihan berlaku.

Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan mendapat faedah kesihatan. InsyaAllah.

For more info and to order, you may reach me at:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam (Leader Bisnes Shaklee)
Page : Trusted Beauty & Health

Thank you for reading this entri !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
WordPress spam blocked by CleanTalk.