Shaklee Landmark Study

Shaklee Landmark Study

Saya memang gemar untuk berkongsi berkenaan landmark study. Sebenarnya saya suka ketengahkan fakta berkenaan Shaklee supaya pengguna dan bakal pengguna Shaklee faham tentang konsep suplemen yang bakal mereka ambil.

Landmark study ini hanya ada satu seumpamanya dalam dunia ini. Hanya Shaklee berani menguji keberkesanan pengambilan produk Shaklee ke atas pengamalnya. Sebab apa? Semestinya kerana Shaklee yakin produknya sangat berkesan !

Apakah Landmark Study?

Landmark study merupakan kajian yang dibuat untuk mengkaji manfaat dan risiko pengambilan pelbagai suplemen dalam tempoh waktu yang lama.

Video di bawah adalah keterangan berkenaan Shaklee Landmark Study daripada Dr Stephen Chaney.

Mengapa Landmark Study Penting?

Landmark study ini penting kerana keterbatasan kajian saintifik yang ada. Landmark study adalah satu kajian secara menyeluruh bagi pengambilan berbilang suplemen (multi supplementation). Suplemen bukanlah seperti ubat dimana kesannya boleh dilihat segera kerana ia merawat simptom tertentu dan cuma melibatkan enzim yang tertentu sahaja.

Kebanyakan kajian saintifik yang dibuat adalah untuk jangkamasa pendek dan ini kurang sesuai kerana penyakit mengambil tempoh masa antara 10 hingga 30 tahun untuk bertapak dan mengganas di dalam tubuh manusia. Disinilah pentingnya landmark study, dimana kajian ini dibuat untuk tempoh masa yang panjang iaitu lebih daripada 30 tahun.

Siapa Yang Mengedalikan Landmark Study?

Bukan calang-calang orang yang terlibat dalam menjalankan kajian ini, sudah tentu orang yang terbaik dalam lapangan bidang nutrisi. Landmark study ini dijalankan oleh saintis terkemuka dari UC Berkeley, iaitu Dr Gladys Block.

Dr Gladys telah mencadangkan kepada Shaklee untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh masa yang lama.

Dr Gladys telah menganalisis, mentafsir maklumat dan menerbitkan penulisan ini pada Oktober 2007. Ini bermakna Dr Gladys menerbitkan hasil kajian ini tanpa mengira kesan pengambilan suplemen Shaklee.

Dan kenapa beliau pun memilih Shaklee?

Ini disebabkan oleh:

  1. Reputasi Shaklee yang terkenal dengan integriti dan kualiti.
  2. Shaklee mempunyai kumpulan sasar yang bersesuaian kerana penggunanya terdiri daripada pengamal tegar yang telah mengamalkan suplemen dalam tempoh waktu yang panjang.

Apabila Dr Gladys memberikan cadangan, CEO Shaklee Corporation iaitu Mr Roger Barnett menerima dengan hati terbuka tanpa risau kerana beliau juga mahukan data saintifik untuk membuktikan Shaklee adalah produk terbaik berbanding suplemen lain.

Bagaimana Landmark Study Dijalankan

Landmark study ini dijalankan ke atas 3 kumpulan sasar melibatkan 1056 orang peserta:

  • Kumpulan 1: Tidak mengambil suplemen, hanya mengawal pemakanan (602 orang)
  • Kumpulan 2: Mengambil suplemen jenama lain (176 orang)
  • Kumpulan 3: Pengamal vitamin Shaklee selama 20 tahun (278 orang) – mengambil sekurang-kurangnya 14 jenis suplemen setiap hari.
Kaedah Landmark Study Dijalankan

Hasil Kajian Landmark Study

Ada data saintifik telah dipaparkan oleh Dr Gladys dan tim bagi landmark study ini. Dalam posting ini pula saya akan ringkaskan untuk memudahkan rujukan anda.

1. Kadar Penyerapan Nutrisi – Bioavailable

Data ini membuktikan bahawa nutrisi di dalam suplemen Shaklee adalah sangat bioavailable dimana nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tugub dengan baik.

Ini terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sasar MV dan tanpa suplemen.

Nutrien seperti zat besi dan vitamin D ada di dalam tubuh pengguna pada tahap yang selamat (bukan overdose).

Hasil Landmark Study – Kadar Penyerapan Nutrisi

2. Tahap Biomarkers Lebih Sihat

Data ini membuktikan bahawa pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yag lebih sihat seterusnya mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Tahap biomarkers lebih sihat, kurang risiko mendapat penyakit

3. Kadar Penyakit Yang Rendah

Biomarkers yang dikaji di dalam Landmark Study ini adalah Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Triglycerides mendapati pengguna Shaklee berada di tahap yang terbaik bagi setiap satu penyakit.

Biomarkers untuk Homocycteine, HDL/Cholestrol, Crp dan Triglycerides

a. Tahap Homocysteine Yang Rendah

Homocysteine yang tinggi selalu didapati pada orang tidak cukup vitamin B. Contohnya mereka yang merokok, suka makan daging dan stress. Apabila kekurangan vitamin B, tahap homocysteine mereka meningkat.

Homocysteine yang tinggi selalu dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular seperti parkinson, strok, jantung, darah tinggi dan lain-lain.

Bagi pengguna Shaklee, mempunyai tahap homocysteine yang jauh lebih rendah iaitu 121 berbanding tahap normal 150.

b. Tahap HDL Yang Tinggi

HDL adalah kolestrol baik dimana ia  membantu mengawal dan menurunkan LDL kolestrol (kolestrol jahat). Pengguna Shaklee memiliki HDL yang lebih tinggi.

c. Triglycerides

Triglycerides bagi pengguna Shaklee adalah lebih rendah. Triglycerides adalah sejenis lemak dalam darah. Jika triglycerides tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, darah tinggi dan lain-lain.

d. C-Reactive Protein

CRP akan dihasilkan oleh badan apabila sel badan mempunyai keradangan. Bagi mereka yang mempunyai masalah hati, pesakit akan mempunyai CRP yang lebih tinggi berbanding orang normal.

Pengguna Shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai CRP yang jauh lebih rendah menunjukkan mereka tidak mempunyai maalah keradangan dalam tubuh.

4. Kadar Rendah Mendapat Penyakit

Pengguna suplemen Shaklee menunjukkan kadar yang lebih rendah dalam mendapat penyakit.

Kadar Rendah Mendapat Penyakit

Daripada data ini menunjukkan pengguna Shaklee mempunyai:

  • Paras kolestrol 11% lebih rendah
  • Paras triglycerides 33% lebih rendah
  • Paras darah tinggi 39% lebih rendah
  • Paras risiko diabetes 73% lebih rendah
  • Paras C-Reactive Protein 59% lebih rendah
  • Paras homocysteine 36% lebih rendah

Ini bermaksud pengguna Shaklee mempunyai risiko penyakit jantung, penyakit berkaitan otak, kanser dan kencing manis lebih rendah.

5. Aras Pengumpulan Toksik Paling Rendah

Hasil kajian membuktikan, suplemen Shaklee adalah selamat tanpa menyebabkan pengumpulannutrisi pada aras toksik dalam tubuh pengguna dalam tempoh yang panjang.

Aras Pengumpulan Toksik Paling Rendah

6. Kesimpulan Landmark Study oleh Dr Gladys Block

Kesimpulan Landmark Study

Dr Gladys Block memperakui, hasil kajian mendapati pengguna Shaklee akan mendapat menfaat daripada penggunaan suplemen untuk jangka masa yang panjang.

Penutup

Kini lebih jelas dan terang kan? Perlu ingat, landmark study ini hanya merujuk kepada penggunaan produk Shaklee. Bagaimana dengan suplemen keluaran syarikat lain?

  • Perlu kita ingat, kebanyakan syarikat pengeluar suplemen dalam dan luar negara tidak mempunyai Quality Assurance yang sama seperti yang diamalkan di Shaklee.
  • Sangat sedikit syarikat pengeluar supleman dalam dan luar negara menjalankan kajian klinikal ke atas produk mereka sebelum ia dikilangkan. Kebanyakan yang berlaku di Malaysia pula sebaliknya apabila produk dikeluarkan dan dipasarkan dahulu sebelum berlakunya aduan daripada pengguna yang mengalami kesan sampingan barulah hendak diuji. Ini menyebabkan di Malaysia menjadi lambakan Sumplemen Sampah yang boleh memudaratkan anda.

Apa yang saya boleh buat kesimpulan tentang Shaklee Landmark Study adalah:

  1. Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpamanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangka masa panjang. Tiada syarikat lain yang pernah melakukan kajian seperti ini selain Shaklee.
  2. Pengguna Shaklee mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang baik. Ini menunjukkan produk Shaklee adalah bioavailable iaitu mampu diserap dan digunakan oleh tubuh denga baik.
  3. Pengguna Shaklee mempunyai tahap biomarkers of disease risk yang lebih baik. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
  4. Pengguna Shaklee mempunyai kadar berisiko penyakit yang lebih rendah. Ini membuktikan penggunaan suplemen Shaklee boleh meningkatkan tahap kesihatan anda.
  5. Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik. Ini terbukti bilamana anda mampu hidup dengan lebih sihat.
  6. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee. Adalah terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.

Sekiranya anda inginkan hidup yang lebih sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk Shaklee boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Plilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

For more info and to order, you may reach me at:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam (Leader Bisnes Shaklee)
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

2 thoughts on “Shaklee Landmark Study

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
WordPress spam blocked by CleanTalk.