Mengapa Orang Obesiti Tidak Berasa Kenyang dan Sentiasa Lapar

Pernahkan anda terfikir, mengapa orang obesiti tidak merasa kenyang ? Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis hormon yang memainkan peranan penting untuk mengawal aktiviti pemakanan harian di dalam badan kita. Secara tidak langsung, kedua-dua hormon ini juga bertindak untuk mengawal berat badan kita. Hypothalamus merupakan tapak receptor yang terdapat pada kedua-dua hormon in dan juga organ-organ yang lain.

  • Hormon Ghrelin menyebabkan KELAPARAN.
  • Hormon Leptin pula menyebabkan KEKENYANGAN.

Hormon Ghrelin

Hormon Ghrelin : Hormon Lapar
Hormon Ghrelin : Hormon Lapar

Majoriti hormon Ghrelin ini dihasilkan oleh sel-sel yang terdapat di bahagian perut. Apabila perut kosong, sel-sel ini akan menghasilkan hormon Ghrelin agar individu tersebut berasa lapar. Apabila dinding perut diregangkan oleh kehadiran makanan ke dalam perut, maka sel-sel tersebut akan kurang menghasilkan hormon Ghrelin seterusnya rasa lapar akan berkurangan.

Bagaimana Hormon Ghrelin Bertindak Ke Bahagian Otak.
Bagaimana Hormon Ghrelin Bertindak Ke Bahagian Otak.

Selain itu, hormon Ghrelin juga mengaktifkan cholinergic-dopaminergic reward link yang bersambungan dengan kawasan Mesolimbic di bahagian otak. Di Mesolimbic inilah perasaan PUAS akan terhasil. Sebagai contoh rasa puas sebab dapat makan.

Untuk memahami ‘reward pathway’ ini, saya akan berikan anda satu contoh. Jika perut kita kosong, maka hormon Ghrelin akan terhasil. Apabila hormon Ghrelin terhasil, kita semestinya akan berasa lapar. Dan laparnya kita akan membuatkan kita idamkan makanan yang sedap-sedap seperti minuman yang manis, makanan yang sedap dan sebagainya tanpa memikirkan apa kandungan yang ada pada makanan tersebut.

Apabila kita makan makanan yang dikehendaki tersebut, secara tidak langsung Mesolimbic Pathway akan diaktifkan. Manakala Dopamine dilepaskan seterusnya kita akan berasa puas serta nikmat terhadap makan yang diambil.

Menariknya hormon Ghrelin ini juga mampu merencatkan penghasilan Cholestrol Plaque di dalam salur darah dengan bertindak sebagai agent yang melawan keradangan (anti-inflammatory).

Hormon Leptin

Hormon Leptin merupakan hormon yang dihasilkan oleh Sel Adipose, iaitu sel yang bertindak untuk menyimpan lemak.

Mekanismanya, apabila seseorang itu makan, secara tak langsung kandungan gula dalam darah akan meningkat. Gula ini akan dimasukkan ke dalam Sel Adipose dan menyebabkan sel tersebut menghasilkan hormon Leptin.

Sel Adipose ini juga secara tidak langsung mampu mengawal Hypothalamus untuk mengurangkan selera makan.

Mengapa Orang Obesiti Tidak Merasa Kenyang ?

Mengapa Orang Obesiti Tidak Merasa Kenyang
Mengapa Orang Obesiti Tidak Merasa Kenyang

Untuk individu yang mengalami obesiti, hormon Leptin tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini dinamakan sebagai Leptin Resistance. Hal ini akan menyebabkan hormon Leptin tidak akan memberi rasa kenyang kepada individu yang obesiti.

Hal ini secara tidak langsung akan mengaktifkan hormon Ghrelin berfungsi dengan lebih efektif berbanding hormon Leptin walaupun hormon Ghrelin mempunyai jumlah yang sedikit. Oleh itu, tidak peliklah jika kita melihat mereka yang obesiti masih merasa tidak kenyang walaupun mereka telah mengambil jumlah makanan yang banyak.

Akibat daripada Leptin Resistance, hormon Ghrelin akan sentiasa memberi signal kepada otak untuk sentiasa makan, seterusnya kandungan hormon Leptin dalam darah akan meningkat secara mendadak. Hal ini boleh menyebabkan simpanan lemak pada badan akan terus meningkat. Semakin banyak lemak, semakin banyak hormon Leptin akan terhasil.

Cara Leptin Resistance Bertindak Kepada Obesiti ( Leptin vs Ghrelin)

  1. Makan banyak akan meningkatkan lemak dan kolestrol pada badan.
  2. Semakin banyak lemak dan kolestrol pada badan, semakin tinggi kandungan hormon Leptin di dalam Sel Adipose.
  3. Terlalu banyak lemak akan menggagalkan signal hormon Leptin ke otak.
  4. Otak akan menghantar signal LAPAR, kerana menerima signal hormon Ghrelin lebih banyak.
  5. Apabila lapar, kita akan mencari makanan lagi.
  6. Dan ianya akan sentiasa berulang.

Cara Mengatasi Leptin Resistance

Antara salah satu cara untuk menstabilkan hormon Ghrelin dan Leptin adalah dengan BERPUASA dan amalkan gaya pemakanan yang sihat.

Sebenarnya, kedua-dua hormon terbabit boleh dikawal secara semulajadi, terutamanya melalui SENAMAN dan KAEDAH MENGAWAL STRESS.

1. Senaman

  • Aktiviti Aerobic (Beritensiti Rendah dan Sederhana)

    Ianya boleh dilakukan secara santai seperti berjalan, berlari anak selama 30-60 minit setiap hari.

    Secara tidak langsung ia akan meningkatkan hormon Ghrelin dan mengurangkan hormon Leptin, seiring dengan apa yang badan kita perlukan.

  • Burst Training (Latihan Pecut)

    Ianya boleh dilakukan di padang mahupun di gym (pada Treadmill) . Anda perlu membuat larian pecut selama 30 saat/sesi (30 sesi/seminggu) berintensiti rendah dan tinggi.

    Latihan ini mampu mengurangkan hormon Ghrelin ke paras normal.

  • Tabata / Zumba (Senaman Berintensiti Tinggi)

    Senaman ini anda boleh lakukan di rumah mahupun di studio. Ianya lebih seronok bila dilakukan secara beramai-ramai.

    Latihan berintensiti tinggi ini mampu menurunkan kadar hormon Leptin secara drastik berbanding senaman berintensiti rendah dan sederhana.

2. Kaedah Mengawal Stress

Kajian menunjukkan senaman cukup efektif dalam merawat kemurungan sepertimana penggunaan ubat-ubatan dan terapi tingkah laku kognitif.

Selain daripada senaman, jurnal ‘Obesity Review‘ beru-baru ini menerbitkan satu artikel berkenaan kesan senaman, tidur dan tekanan pada hormon. Secara rumusannya, rutin harian kita memainkan peranan yang praktikal, kos yang efektif serta mengurangkan atau menstabilkan tahap hormon Ghrelin di awal kehilangan berat badan disamping mendapat berat badan yang ideal.

Dengan erti kata lain. kitaran stress mesti dihentikan untuk mencapai matlamat berat badan anda. Salah satu cadangan adalah membuat kesudahan hari anda dengan mengamalkan meditasi, yoga, dan tai chi pada waktu malam. Ianya juga dapat membantu pola tidur malam yang baik dan menggalakkan rutin pagi anda yang ceria.

Ingat ye, solat, hubungan yang sihat dan diet anti-inflammatory (anti-radang)  yang betul juga adalah kunci untuk mengawal stress anda.

Credit : Root Of Science

For more info and to order/join Shaklee, you may reach me at:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam (Leader Bisnes Shaklee)
Page : Trusted Beauty & Health

Thank you for reading this entri !

26 thoughts on “Mengapa Orang Obesiti Tidak Berasa Kenyang dan Sentiasa Lapar

    1. Sebab tu penting sangat kita kena ambil tahu berkenaan kesihatan kita kan? risau nanti jadi punca-punca penyakit kronik.. time tu nyesal pun dah tak guna lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge