Kepentingan Kajian Klinikal Terhadap Supplemen

Mengapa Ujian Klinikal Penting Terhadap Supplemen

Kepentingan Kajian Klinikal Terhadap Supplemen. Pada dua minggu lepas, saya ada menerima kiriman whatsapp oleh seorang bakal pelanggan. Beliau berkata, ramai SID yang dihubunginya gagal untuk memberi penjelasan yang bagus berkenaan mengapa beliau perlu mengambil produk Shaklee?

Katanya, selepas beliau terjumpa blog saya mungkin saya akan memberi jalan keluar kepada setiap persoalannya.

Pelanggan Datang Kerana Kepercayaan

Pertamanya saya ingin berterima kasih kepada pelanggan saya kerana percayakan saya. Mewujudkan kepercayaan semestinya bukan perkara yang mudah. Dalam membangunkan bisnes, semestinya menjaga kreadibiliti dan kepercayaan pelanggan menjadi keutamaan saya. Kerana saya percaya, dengan kepercayaan yang tinggi barulah pelanggan tidak teragak-agak untuk membeli.

Pelanggan saya ini mengalami beberapa penyakit sejak bertahun-tahun yang lalu. Malahan doktor juga gagal untuk mendapatkan status yang sebenar mengenai kesihatan beliau walhal bermacam-macam ujian telah dilakukan. Kesalnya, sakit tetap ada. Beliau ada juga ambil supplemen yang heboh di kaca tv, masih juga tiada perubahan. Jadi beliau ingin mencuba Shaklee sebagai ikhtiar untuk sembuh.

Alhamdulillah, saya berjaya mencadangkan produk yang paling sesuai mengikut keperluan masalah kesihatannya. Beliau ada mengalami sakit-sakit dada walaupun ujian darah, ECHO dan MRI telah dilaksanakan, namun tetap gagal mengenalpasti masalah kesihatan beliau. Apabila hendak buat angioplasti, doktor kata tak perlu.

Jadi untuk membantu masalah beliau, saya juga telah merujuk kepada doktor di dalam circle Shaklee kami beserta pakar Nutrisi Shaklee. Mereka menyarankan agar mengambil set asas untuk Kesihatan Jantung iaitu Vivix, Omega Guard dan ESP. Jadi saya menasihati pelangan saya untuk mengambil Set Asas Kesihatan Jantung beserta sebab dan fungsi hasil ujian klinikal untuk setiap supplemen tersebut yang berkait rapat dengan mengoptimumkan kesihatan jantung beliau. Beliau dengan yakinnya terus membuat pembelian tanpa berfikir panjang lagi.

Kepentingan Kajian Klinikal Terhadap Supplemen

Sempat juga say berkongsi mengenai betapa pentingnya untuk mendapatkan supplemen yang terbaik. Dan kali ini, saya ingin berkongsi pula dengan anda.

Masalah utama orang kita kerana terlalu bergantung dengan testimoni. Sebenarnya, testimoni tidak boleh dijadikan penanda aras kebaikan sesuatu suplemen. Hal ini kerana, testimoni boleh direka mahupun dibuat-buat atau mungkin testimoni mampu menunjukan hasil untuk segelintir pengguna berbanding  sebahagian besar pengguna.

Ujian Klinikal sepertimana entry saya yang sebelum ini merupakan ujian peringkat kedua yang perlu ditapis sebelum membuktikan suplemen tersebut dijamin selamat dan berkesan.Sebelum ujian Klinikal dijalankan, supplemen tersebut hendaklah menjalani Ujian Makmal (atau lebih dikenali sebagai in Vitro dan in Vivo).

Banyak produk kita lulus ujian in vivo contohnya durian belanda, daun rerama dan belalai gajah yang katanya dalam ujian makmal bagus untuk masalah kesihatan yang tertentu. Namun, dalam ujian makmal yang dijalankan, ujian tersebut telah dilaksanakan ke atas binatang seperti tikus, arnab, hamster dan sebagainya.

 

Ujian Makmal Yang Dijalankan

Sayangnya, ujian tersebut terhenti di situ tanpa menjalankan ujian klinikal terhadap manusia. Oleh hal tersebut, bahan-bahan tersebut belum lulus ujian klinikal, kerana Ujian Klinikal adalah ujian yang dijalankan keatas manusia. Sebagai contoh, jika pihak tertentu ingin membuat ujian klinikal ke atas pesakit kanser menggunakan daun rerama, pihak tersebut kena membuat ujian klinikal tersebut keatas 200 orang pesakit kanser. Kanser pula perlu ada kanser yang spesifik untuk 200 orang tersebut sebagai contoh 200 orang pesakit kanser payudara.

Jadi, ujian klinikal ini semestinya memakan banyak dana. Dana ke atas R&D sememangnya besar, oleh sebab itulah ujian klinikal selalunya tidak dibuat oleh syarikat supplemen. Hanya Shaklee yang telah melakukan Ujian Klinikal ke atas setiap produknya.  Cuba anda bayangkan berapa dana yang perlu diperuntukkan untuk ujian keatas pesakit kanser? Mereka juga perlu menyediakan pampasan kepada pesakit sekiranya berlaku perkara negatif disebabkan oleh bahan tersebut. Sebab itu di Malaysia, memang jarang sekali ada kajian klinikal ke atas produk kesihatan supplemen.

Tanggungjawab saya bukan setakat ingin berbisnes semata-mata, namun saya sendiri memilih jenama Shaklee kerana saya yakin dan tahu ia merupakan suplemen yang terbaik untuk kesihatan saya dan keluarga. Saya juga bertanggungjawab untuk mengajak pelanggan saya untuk membuat pemilihan yang tepat dalam menjaga taraf kesihatan dan kecantikan yang terbaik.

Anda rasa perlukan suplemen tapi tak tahu bagaimana nak bermula?

For more info and to order, you may reach me at:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam (Leader Bisnes Shaklee)
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge