Kepentingan Vitamin Dan Nutrisi Pada Tubuh Badan

Kepentingan Vitamin Dan Nutrisi Pada Tubuh Badan. Suplemen, vitamin atau makan tambahan merupakan satu kaedah untuk mencukupkan keperluan zat harian selain daripada makanan ruji harian. Ia sebagai langkah pencegahan kepada datangnya  penyakit, letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia semakin meningkat.

Kepentingan Vitamin Dan Nutrisi Pada Tubuh Badan
Kepentingan Vitamin Dan Nutrisi Pada Tubuh Badan

Kebanyakan orang tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang bertenaga, mudah letih serta penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.

Untuk memperoleh vitamin dan nutrisi, anda dinasihatkan untuk mengamalkan pelbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

 

Kenapa kita perlukan makanan tambahan bernutrisi atau vitamin

  1. Penghadaman Makanan Tidak Sempurna.

    Hal ini boleh terjadi apabila anda mengunyah makanan tidak lama atau anda makan dalam kadar yang sangat cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu perlu berhati-hati dalam situasi begini.

  2. Habit Pemakanan dan Minuman.

    Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu, penyerapan vitamin akan berkurangan.

  3.  Pengambilan Alkohol.

    Pengambilan alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin, asid folik, vitami B12, vitamin C dan vitamin A.

  4.  Merokok.

    Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok bersamaan dengan 30mg vitamin C.

  5.  Pengambilan Julap.

    Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Hal ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat sewaktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti Vitamin E dan Vitamin A.

  6. Proses Masakan.

    Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin B kompleks dan Vitamin C. Ada juga Vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

  7. Sakit.

    Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, Vitamin D dan Vitamin C yang lebih banyak.

  8.  Tekanan.

    Badan anda memerlukan lebih Vitamin B kompleks dan Vitamin C dalam keadaan anda tertekan (stress).

Keperluan Vitamin dan Nutrisi Harian

Mengikut Akademi Sains Amerika Syarikat, ada pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita, dan sekali gus mengesyorkan pengambilan vitamin dan zat makanan mengikut Cadangan Keperluan Pengambilan Harian (RDA).

Melalui RDA itu, keperluan harian yang disyorkan akan ditentukan mengikut kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan.

RDA telah menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperoleh daripada makanan yang seimbang.

Berikut merupakan cadanagn tambahan zat, suplemen dan vitamin bernutrisi yang dicadangkan bersama dengan pemakanan harian.

  • Ambil sekurang-kurangnya 2 Vitamin anti-oksidan.

Anti-oksidan membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh, antara penyebab utama penyakit kronik. Vitamin C (250 – 500 mG) dan Vitamin E (200-400 iu) setiap hari boleh membantu mengawal radikal bebas dari dalam badan. Selain dari kesan keatas radikal bebas, Vitamin C dan Vitamin E juga membantu dalam melindungi daripada penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari juga boleh membekalkan vitamin C secukupnya namun Vitamin E sangat sukar diperolehi dari diet makanan seharian secukupnya.

Kurangnya pengambilan hasil tenusu secara tidak langsung akan mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Suplemen kalsium setiap hari akan memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamanya untuk wanita.

Pengambilan kalsium untuk wanita lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium yang mencukupi.

  • Wanita mengandung perlukan Folate.

Folate 400 ug mampu mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate juga berfungsi untuk melindungi jantung.

  • Multivitamin untuk Warga Tua

Kebanyakkan warga emas dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan untuk mengamalkan pengambilan multivitamin. Masalah resapan nutrient di dalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapam badan untuk memproses nutrient juga kurang.

Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah Vitamin C, Vitamin DVitamin B6, Vitamin B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti zink, magnesium dan kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang di dalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanannya.

  • Lain-lain kumpulan yang memerlukan nutrisi, zat dan vitamin.

Wanita yang masih datang bulan atau nifas sangat memerlukan zat besi tambahan, mereka yang hanya makan sayuran pula sangat memerlukan Vitamin B12. untuk individu yang kurang makan ataupun mengamalkan diet sangat memerlukan multivitamin demi menampung keperluan nutrisi harian yang mencukupi.

Ia antara penemuan berhubung cadangan keperluan nutrisi dan vitamin yang perlu diamalkan selepas diet harian anda. Adakah anda sebahagian daripada mana-mana kategori yang disebutkan?

Jika YA, makanan tambahan atau vitamin nutrisi yang paling sesuai adalah Shaklee kerana si Shaklee kami menawarkan kesemua vitamin yang diperlukan secara harian.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

For more info and to order/join Shaklee, you may reach me at:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam (Leader Bisnes Shaklee)
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

 

7 thoughts on “Kepentingan Vitamin Dan Nutrisi Pada Tubuh Badan

    1. betul Kak Anah.. sebab badan kita belum tentu mampu nk cover nutrisi yang hilang berbanding dengan diet harian kita.. =)

    1. Yezza.. Nutrisi ni sangat amat penting ye untuk badan kita.. sebab nutrisi dari diet makanan seharian kita belum tentu mampu menampung nutrisi yang badan kita seharian perlukan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge